Two Moons

Disclaimer

Annyeong fellas. I'm Mohd Shafizan. The owner of this blog.

Entries About Link Tuto

Tagboard



Video

Pets


Sing A-long

 

Credits

Template: Aina Syaza
Editor: Nurul AtiQah
Owner: Mohd Shafizan
Others:   
~Lailatul Qadr~



Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam tersebut dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami daripada ayat tersebut ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi 1000 bulan.
Kebesaran Lailatul Qadar adalah berdasarkan dua perkara. Pertamanya, kerana pada malam tersebut telah diturunkan al-Quran dan keduanya, pada malam tersebut akan turun para malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang-gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang-orang berpuasa dengan ikhlas.
Disebutkan sebagai Lailatul Qadar kerana pada malam tersebut akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama‘Lailatul Syaraf’ bermaksud malam kemuliaan dan ‘Lailatul Tajalli’ yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.
 .
Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya Lailatul Qadar seringkali berlaku perselisihan pendapat di kalangan para ulama. Tetapi pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam-malam ganjil sesudah hari yang ke-20 Ramadhan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan.
Ini sesuai dengan sebuah hadis Rasulullah ﷺ daripada Ibnu Umar: “Sesiapa yang ingin mencari Lailatul Qadar  hendaklah pada malam ke-27.”
Sebuah lagi hadis Rasulullah ﷺ yang diriwayatkan oleh Muslim adalah bermaksud: Carilah dengan segala upaya kamu malam al-Qadar pada malam-malam ganjil dari 10 malam akhir bulan Ramadhan.
Jelas daripada kedua-dua hadis di atas bahawa Lailatul Qadar itu hanya berlaku pada satu malam sahaja dari bulan Ramadhan, dan ia adalah sebagai suatu perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-rebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipatgandakan amal ibadat pada malam-malam akhir Ramadhan al-Mubarak ini.
 .
Jelas bahawa penyembunyian tarikh Lailatul Qadar akan menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam tersebut.
Allah سبحانه وتعالى sendiri selalunya menyembunyikan beberapa urusan agama yang lain atas hikmah-hikmah tertentu seperti:
# Allah سبحانه وتعالى menyembunyikan Lailatul Qadar untuk menguji umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang bulan Ramadhan.
# Allah سبحانه وتعالى menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada hari Jumaat agar kita berdoa sepanjang hari tersebut.
# Allah سبحانه وتعالى menyembunyikan ‘solat wusta’ dalam solat lima waktu supaya kita memelihara semua waktu solat fardu.
# Allah menyembunyikan isim adzam di antara nama-nama-Nya agar kita menyebut kesemua nama-nama-Nya (Asmaul Husna)
# Allah سبحانه وتعالى menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk supaya kita berhenti melakukan apa jua bentuk maksiat.
# Allah سبحانه وتعالى menyembunyikan siapa yang menjadi wali di antara mukmin supaya kita berbaik sangka terhadap semua orang mukmin.
# Allah سبحانه وتعالى menyembunyikan kedatangan Hari Kiamat supaya kita selalu bersiap sedia.
# Allah سبحانه وتعالى menyembunyikan ajal manusia supaya kita selalu dalam persiapan menemui-Nya.
 .
Walau bagaimanapun berkaitan dengan Malam Al-Qadar, para ulama telah bersepakat mengatakan bahawa terdapat beberapa tanda apabila berlakunya malam tersebut, di antaranya ialah:
# Orang yang berkesempatan melihat malam al-Qadar akan dapat merasakan bahawa segala yang ada di bumi dan di langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah سبحانه وتعالى.
# Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan melihat suasana alam yang terang-benderang walau pun berada dalam kegelapan.
# Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan dapat mendengar salam para malaikat dan tutur kata mereka.
# Orang yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan diperkenankan segala doanya.
 .
Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa di antara tanda malam al-Qadar telah berlaku ialah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk yang putih bersih bagai bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas, di mana tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahayanya.
Bagaimanapun pahala ibadat pada malam al-Qadar akan tetap mendapat ganjaran daripada Allah سبحانه وتعالى, biarpun tanda-tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Sesiapa yang ikhlas melakukan ibadat puasa dan amal ibadat lain sepanjang Ramadhan, InsyaAllah akan menemui malam yang lebih baik daripada 1000 bulan itu.




Older Post